Tolong Klik Untuk Tabung Untuk Anak-Anak Saya

Isnin, 31 Disember 2012

Banjir !!! Gelombang Kedua...

SubhanAllah... banjir gelombang kedua telah berlaku di Pahang & Terengganu hari ini. Sebelum ini telah melanda pada 25 Disember 2012 di ketiga-tiga negeri pantai timur. Ia turut menjadi pengalaman saya sendiri ketika terkandas di Permaisuri, Setiu, Terengganu. Video dibawah sempat saya merakam pada 2.14 pagi



 

Sebelum itu, saya pun telah meredah banjir di Pasir Putih pada 24 Disember 2012. Akibatnya habis radiator kereta saya ... disebabkan kipasnya patah di dalam radiator maka bocorlah ia... Tapi Alhamdulillah.. Dari Pasir Putih, Kelantan hingga ke Kg. Sungai Bari, Setiu, Terengganu... dapatlah berjumpa bengkel di Kg. Sungai Bari ini... tapi dirumah bengkelnya .. Pesanan saya jangan takut & segan bertanya orang-orang di kawasan setempat... Akhirnya sampai juga ke Kuantan pada jam 6 petang. Maknanya saya mengambil masa 24 jam untuk sampai ke Kuantan. Selama ini baru 5 hingga 6 jam sahaja.


Jadi berhati-hati ketika musim banjir ini. Untuk info banjir dari masa ke semasa rujuk laman web ini--> http://publicinfobanjir.water.gov.my/main-page.cfm?switchs=9&bm=1&id=329

atau


http://bencanaalam.jkr.gov.my/content.php?ida=STAT-20080101233352&page=content

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan