Tolong Klik Untuk Tabung Untuk Anak-Anak Saya

Selasa, 19 Jun 2012

Haa Raya dah Dekat Ni

Pada hari Ahad yang lalu saya bersama isteri dan anak pergi lah 'shopping dekat Giant Kuantan. Masuk je pintu Giant, terperasan lah pula banner iklan baru oleh Giant iaitu Raya Bonanza yang bermula pada 1 Jun hingga 31 Ogos 2012 dengan bertemakan Anda Belanja, Kami Bayar.... Syaratnya mudah sahaja dengan berbelanja sebanyak RM30 dan ke atas di mana-mana kedai dalam Kompleks Giant, kemudian jawab soalan dengan betul dalam borang penyertaan seterusnya sertakan resit sebagai bukit pembelian dan akhir sekali masukan borang penyertaan anda ke dalam kota peraduan yang disediakan.

Hari itu juga saya dapat masukkan dua penyertaan..heheheh... Mana lah tahu Untung Giant, Untunglah Kita ... kalau dimudahkan rezeki... Jom kita join ada 2 bulan lebih lagi...

Maklumat lanjut layari laman web GIANT

Selasa, 12 Jun 2012

Tahniah Harimau Malaya !!!


Alhamdulillah, tahniah anak-anak buah Datuk K. Rajagopal dan Datuk juga di atas kemenangan Malaysia (2) vs Singapore (0) dalam perlawanan persahabatan ke dua pada 12 Jun 2012 semalam di Stadium Shah Alam, Selangor. Walaupun kita seri pada pertemuan sebelum ini, tapi kita jangan bangga akan kejayaan hari ini dan tingkatkan lagi usaha hingga kita digeruni bukan sahaja di peringkat Asia... Tahniah sekali lagi semua skuad Harimau Malaya dari penyokong setia Harimau Malaya



Goal Free Kick terbaik dari Kapten Harimau Malaya-Safiq Rahim

Membuka Kedai Online Hanya 30 Minit

Menurut Brother Shahabudeen Jalil, Google Malaysia bersama beberapa agensi kerajaan Malaysia telah mewujudkan sebuah protal yang dapat membantu sesiapa sahaja untuk membuka kedai online iaitu Get My Business Online. Untuk maklumat lanjut sila rujuk di blog rasmi Brother Shahabudeen Jalil ini.


 

Isnin, 11 Jun 2012

Bila Lagi Nak Buka Kedai Sendiri

Kini mudah untuk kita berniaga. Banyak pula perkhidmatan yang membantu kita untuk berniaga, Offline or Online. Tapi kini kaedah online menjadi pilihan ramai peniaga untuk membuka kedai.. itu yang menjadi istilah Kedai Online or in english Online Shop. Banyak dah website yang menawarkan perkhidmatan ini antaranya seperti di bawah ini yang dikongsi bersama oleh Brother Shahabudeen Jali.


Bina Kedai Online Dalam 5 Minit

Via: Kedai Online

Ahad, 10 Jun 2012

Haiiii Ngantuknya !!!

Sudah tiga hari berlalu.. mula sepak bola UEFA EURO 2012 pada 8 Jun 2012 antara tuan rumah pembukaan iaitu Poland vs Greece di mana kedua-dua pasukan berjaya menghasilkan gol walaupun seri. Kemudian disusuli dengan pelawanan kedua Russia (4) vs Czech Republic (1). Bagi saya ia satu pembukaan perlawanan yang baik dan tidak menghampakan ini kerana pada pandangan saya, setiap pasukan kali ini menginginkan kemenangan besar bagi mengumpul mata untuk layak ke peringkat seterusnya. Mana tidaknya habuan bagi juara untuk tahun ini perrr... 23.5 juta Euro bersamaan anggaran RM 93.75 juta duit kita, siapa tak nak.. dan bukan itu saja tetapi keinginan untuk menjulang trofi kejuaraan "The Henri Delaunay Cup" edisi baru selepas Iker Casillas kapten pertama menjulangnya pada Euro 2008. 
 
Mari kita saksikan pasukan manakah yang akan menjulang kejuaraan ini pada 2 Julai nanti ya. Saya pun tidak memilih pasukan mana yang akan menang. Ingat Bola Tengok Juga... Tapi Kerja Ingat-Ingat lah..huhuhu

Untuk dapatkan sheet jadual perlawanan & jaringan boleh download di sini percuma saja.

Untuk maklumat lanjut tentang UEFA Euro 2012 ini layarilah http://www.uefa.com/uefaeuro/index.html dan siaran langsung perlawanan di ‘Unmissable’ UEFA EURO 2012 ASTRO atau di siaran Media Prima

Khamis, 7 Jun 2012

Pengenalan Blog CiQuMmI

Alhamdulillah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua. Akhirnya dapat jua saya membuat blog CiQummi ini. Perkataan Ciqummi ini tercipta semasa saya nak memarahi anak sulung saya bernama Nur Aisyah Amani. Puncanya anak saya asik nak dekat je dengan ummi dia iaitu isteri saya, Wahidah Binti Zaini... jadi saya pun panggil anak saya dgn sikit-sikit ummi... bila cakap laju-laju dan dibuang perkataan ganda sikit tu jadi lah sikummi... nak disedapkan bunyinya tu yang terzahirlah CiQuMmI. Sebenarnya bukannya marahkan Aisyah Amani tu, biasalah anak perempuan memula mesti manja sama umminya.. kira abah dia ni jealous ngan anaknya sendiri hehehe.. Blog ini saya reka adalah untuk berkongsi isi semasa or apa-apa saja yang berlaku samada di negara Malaysia kita tercinta ini atau isu dunia atau juga apa saja yang terlintas dalam fikiran saya untuk dikongsi bersama. Tapi semuanya yang positif & membina. Sekian sahaja untuk sesi pengenalan blog CiQuMmI.. kira ini macam "launching". Apa-apa pun Tengok & Lihat selalu Blog CiQuMmI ni yang pasti akan dapat membantu kehidupan anda.. Jumpa Lagi